SUKUR Sabah 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan RM900

SUKUR Sabah 2025: Semakan Kelayakan Bantuan RM900 Sentuhan Kasih Rakyat

Kerajaan Negeri Sabah telah menyalurkan bantuan khas RM900 melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat kepada 72,058 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar eKasih. Program ini mula dilaksanakan pada Februari 2025 bagi membantu golongan yang memerlukan dalam menangani kos sara hidup.

Ingin tahu cara semakan status kelayakan SUKUR Sabah 2025? Teruskan membaca untuk info lengkap mengenai syarat kelayakan, cara permohonan, dan tarikh pembayaran.

BACA JUGA: BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH 2025

MATLAMAT PERLAKSANAAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.

SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH SECARA ONLINE

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
    https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN (RM)
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
(Fasa 1, 2, 3 dan 4)
RM 900

TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASA TARIKHPEMBAYARAN
SatuFasa 1
19 Februari 2025 (Rabu)
KeduaFasa 2
April 2025
KetigaFasa 3
Ogos 2025
KeempatFasa 4
Oktober 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.

Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

CARA PENYALURAN DUIT BANTUAN SYUKUR SABAH

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Mempunyai Bank AkaunPengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau
Status ‘Gagal Kredit’
Bantuan akan diberikan secara tunai
Mempunyai akaun e-Wallet YONO SuperappBayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faqprogramme/sara/.