SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) FASA 1: SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 DALAM MYKAD)

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) FASA 1: SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 DALAM MYKAD)

Kos barangan keperluan asas sering kali memberi cabaran kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sebagai langkah membantu rakyat, Kerajaan Madani memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan secara bulanan terus ke dalam MyKad penerima layak. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan dan memastikan keperluan asas terus dapat dipenuhi.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan SARA bagi Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

BACA JUGA: STR TAMBAHAN 2025

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA

Bagi memenuhi keperluan asas rakyat, Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya SARA diperkenalkan dan telah dilaksanakan sejak tahun 2023 yang mana telah memanfaatkan seramai lebih 700,000 ribu golongan miskin dan miskin tegar.

Namun pada tahun 2025 ini, kerajaan telah meluaskan pemberian kepada lebih 5.4 juta penerima merangkumi golongan miskin, miskin tegar dan juga asas bukan miskin yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan bagi sepanjang tahun ini.

TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah fasa yang pertama (1) telah bermula pada tarikh :

PERKARATARIKH
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah
(SARA) Fasa 1
15 Januari 2025, Rabu

KAEDAH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pihak Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak iaitu secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1

Fasa pertama (1), Sumbangan Asas Rahmah telah disalurkan ke dalam MyKad penerima dengan kadar sebanyak :

KATEGORI PENERIMAKADAR SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
(SARA) FASA 1
ISI RUMAHRM100
WARGA EMASRM100
BUJANGRM50

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Terdapat dua (2) portal yang boleh diakses untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, iaitu :

  • Pautan Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Pautan Portal Rasmi MySTR.

Ikuti panduan semakan status dikedua-dua pautan portal rasmi berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama portal rasmi MySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.