SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAKAN STATUS : SARA MYKASIH (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAKAN STATUS : SARA MYKASIH (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Pemberian Sumbangan Asas Rahmah oleh Kerajaan Madani telah bermula sejak bulan Jun 2023 kepada 210,000 ribu penerima. Melihat kepada penerimaan yang baik oleh penerima sebelum ini, ia diteruskan pada tahun 2024 dengan meluaskan kepada lebih 700,000 ribu penerima pula.

Kemudian, Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Sumbangan Asas Rahmah pada tahun 2025 kepada lebih 5.4 juta penerima sedia ada dan juga penerima baharu.

Bagaimanakah semakan status sumbangan asas rahmah? Ikuti info lebih lanjut di bawah.

PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Keseluruhan penerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 seperti yang telah direkodkan adalah seramai 5.4 juta penerima. Namun dipecahkan mengikut kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • 0.7 juta (penerima sedia ada).
  • Penerima Berstatus Bukan Miskin :
    • 4.7 juta (penerima baharu).

AMAUN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Seiring dengan peningkatkan kadar peruntukan, amaun Sumbangan Asas Rahmah yang akan disumbangkan pada tahun 2025 juga akan dipertingkatkan mengikut kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Berstatus Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAKAN STATUS

Oleh kerana Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status boleh dilakukan di pautan portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR LHDNM).

Ikuti Panduan Semakan Status Di Bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalantanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
  3. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  4. Pada bahagian pengesahan, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Profile pemohon akan dipaparkan.
  10. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Anda akan dibawa ke halaman baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
  12. Untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, sila tekan butang [Semakan STR 2025].
  13. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
  14. Untuk SEMAKAN Sumbangan Asas Rahmah,sila klik [Maklumat Bayaran].
  15. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA e-Kasih] atau [SARA Bukan e-Kasih].
  16. Status anda sebagai penerima akan dipaparkan ‘Layak‘ atau ‘Tidak Layak‘.
  17. Selesai.

KAEDAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Secara lazimnya, Sumbangan Asas Rahmah akan disumbangkan kepada penerima melalui kaedah yang berbeza bagi setiap negeri seperti berikut :

  • Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia :
    • Dikreditkan ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan secara ansur setiap bulan khusus digunakan untuk pembelian barang keperluan secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana kedai atau pasaraya terdekat.
  • Negeri Sabah dan Sarawak :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan atau diberikan secara tunai di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) setiap dua (2) kali setahun.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :