STR 2025 Fasa 1: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan
Pada tahun 2025, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencatatkan peruntukan tertinggi dalam sejarah kerajaan Malaysia, iaitu sebanyak RM13 bilion, meningkat daripada tahun-tahun sebelumnya yang hanya di bawah RM10 bilion.
Sebanyak 9 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat ini dengan peningkatan jumlah bantuan. Sebagai contoh, kategori bujang kini layak menerima RM600, jauh lebih tinggi berbanding RM350 sebelum ini.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting di bawah untuk memastikan anda layak menerima bantuan ini.

BACA JUGA: MYSTR 2025 CHECK STATUS
JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Tiada anak : RM250 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 |
Bujang/Balu/Duda/Janda | RM600 | RM150 |
*Bagaimanapun, jumlah di atas hanyalah anggaran sahaja dan pihak kami akan kemaskini kembali sebaik sahaja jumlah bayaran fasa pertama (1) diumumkan secara rasmi oleh kerajaan.
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Pihak Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) bagi tahun 2025. Namun, pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh bayaran fasa pertama (1) sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan dalam masa terdekat.
KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1), iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
STR 2025 FASA 1 SEMAKAN
Ikuti panduan semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan portal rasmi STR LHNDNM di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘ Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.