STR 2025 ONLINE (FASA 1): SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR 2025 ONLINE (FASA 1): SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Jumlah penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus meningkat, dengan rekod terakhir mencatatkan seramai 8.7 juta penerima layak yang terdiri daripada isi rumah, bujang, dan warga emas tiada pasangan. Pada tahun 2025, fasa 1 akan menyaksikan pertambahan jumlah penerima hasil permohonan baharu dan rayuan yang dibuka untuk rakyat Malaysia.

Bagaimanakah cara semakan status STR secara online untuk mengetahui kelayakan bagi fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.

BACA JUGA: STR 2025 FASA 1 SEMAK STATUS

CARA AGIHAN STR 2025

Terdapat dua (2) cara pengagihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan penerima.

TARIKH AGIHAN STR 2025 FASA 1

Pengagihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dijangka pada penghujung bulan Januari atau awal bulan Februari ini. Namun bagaimanapun, pihak kami akan mengemaskini kembali tarikh agihan apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

MASA AGIHAN STR 2025 FASA 1

Apabali tarikh rasmi agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diumumkan, bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap penerima mengikut masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

*Nota : Masa agihan adalah tidak menentu dan berlangsung selama tempoh tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

JUMLAH AGIHAN STR 2025

Berikut merupakan jumlah agihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 kepada semua kategori :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM1,000.
    • 1 hingga 2 anak : RM1,500.
    • 3 hingga 4 anak : RM2,000.
    • 5 anak ke atas : RM2,500.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500.
    • 1 hingga 2 anak : RM750.
    • 3 hingga 4 anak : RM1,000.
    • 5 anak ke atas : RM1,250.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM600.
  • Bujang/Balu/Janda/Duda Tiada Anak :
    • RM600.

SEMAKAN STATUS STR 2025 ONLINE

PERKARAPAUTAN
PORTAL RASMI STR LHDNMhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti panduan semakan status STR berikut :

  1. Sila klik pada puatan Portal Rasmi STR LHNDM di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.