STR Fasa 2 Bayaran 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Bayaran
Kerajaan terus komited dalam menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Inisiatif ini merupakan hasil penyusunan semula subsidi bagi memastikan lebih banyak penjimatan dapat disalurkan kepada hampir 9 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan.
Ingin tahu cara semakan status bayaran STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap mengenai kelayakan, tarikh pembayaran, dan cara permohonan di bawah.

BACA JUGA: BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH 2025
STR FASA 2 BAYARAN 2025
Pembayaran bantuan kewangan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa yang mana fasa pertama (1) telah selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima dan kini bayaran fasa kedua (2) bakal dilaksanakan pula.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka akan mula dilaksanakan pada 3 April 2025. Namun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran yang akan diumumkan oleh kerajaan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
WAKTU BAYARAN STR FASA 2 2025
Kebiasaannya, waktu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap akaun bank penerima adalah mengikut waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam;
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Oleh kerana pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dibayar dengan jumlah yang berbeza bagi penerima sedia ada dan baharu, penerima perlu membuat semakan sendiri. Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan pada tahun 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Bujang/Balu/Janda/Duda Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang/Balu/Janda/Duda Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) yang akan diterima, sila semak pada Portal Rasmi STR.
SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) seperti berikut :
- Sila layari puatan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.