SEMAKAN BAYARAN SUMBAGAN ASAS RAHMAH 2025: Semak Nama RM2100, RM1650, RM900 & RM600

Semakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2025: Cara Semak Kelayakan Nama Penerima


Penyusunan semula kewangan negara dan hasil penjimatan subsidi telah memungkinkan peningkatan peruntukan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak 30%. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan meningkat kepada RM13 bilion pada tahun 2025, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (RM2100, RM1650, RM900 & RM600)? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA: PEMBAYARAN SARA 2025

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan bersasar kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui penyaluran secara tanpa tunai (cashless) menerusi teknologi digital mutakhir untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas supaya dapat mudah diterima dan digunakan.

SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Ikuti panduan semakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah di pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi
Sumbangan Tunai Rahmah
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Status Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
  13. Selesai.

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 adalah berjumlah sebanyak :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
2025
Miskin dan Miskin TegarIsi Rumah : RM2,100 setahun
Warga Emas : RM1,650 setahun
Bujang : RM600 setahun
Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM900 setahun
Warga Emas : RM450 setahun
Bujang : Tiada peruntukan

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

MISKIN DAN
MISKIN TEGAR
ASAS
BUKAN MISKIN
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

KEGUNAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Penerima yang layak boleh menggunakan Sumbangan Asas Rahmah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

CARA GUNA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut produk yang dilulus (rujuk label MyKasih / SARA pada rak tanda harga).
  3. Tunjukkan kad pengenalan anda kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih mengikut produk yang diluluskan.
  5. Masukkan 6-digit nombor PIN mengikut nombor awal kad pengenalan untuk pengesahan bayaran dan anda perlu tukar nombor PIN tersebut.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.