Semakan MyKad Madani 2025: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan
Kerajaan Madani menggunakan inisiatif teknologi digital mutakhir untuk menyalurkan bantuan melalui MyKad dengan tujuan memudahkan rakyat, tanpa mengira peringkat umur, menerima bantuan secara mudah, cepat, dan selamat. Pendekatan ini memastikan tiada ketirisan dalam penyampaian bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan MyKad Madani 2025 (RM100 & RM50)? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan Bantuan RM100 MyKad MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di sini untuk memastikan anda layak menerima bantuan ini.

BACA JUGA: BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH 2025
BILANGAN PENERIMA MYKAD MADANI 2025
Pada tahun 2024 lalu, Bantuan MyKad Madani hanya dikreditkan khas kepada 700,000 ribu penerima merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang berstatus miskin dan miskin tegar sahaja. Namun, pada tahun 2025, Kerajaan Madani bersetuju untuk meluaskan pemberian Bantuan MyKad Madani kepada lebih 4.7 juta penerima baharu berstatus asas bukan miskin.
KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin dan Miskin Tegar) | 700,000 ribu penerima |
Penerima Baharu (Asas Bukan Miskin) | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan keseluruhan bilangan penerima bagi tahun 2025 seramai 5.4 juta.
JADUAL KREDIT MYKAD MADANI 2025
Berikut merupakan jadual pengkreditan Bantuan MyKad Madani sepanjang tahun 2025 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
JUMLAH KREDIT MYKAD MADANI 2025
Jumlah pengkreditan MyKad Madani adalah berbeza setiap kategori penerima seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT MYKAD MADANI |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
WARGA EMAS | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
BUJANG | RM50 (Januari – Disember) |
- Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KREDIT MYKAD MADANI |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 (April – Disember) |
WARGA EMAS | RM50 (April – Disember) |
BUJANG | – |
SEMAKAN MYKAD MADANI 2025
Ikuti panduan semakan MyKad MADANI di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utaman portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
KEGUNAAN MYKAD MADANI 2025
Bantuan MyKad Madani boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.