Bantuan Ramadhan 2025: Semakan Status Penerima & Cara Mohon (Terkini)

Bantuan Ramadhan 2025: Semakan Status Penerima & Syarat Kelayakan

Bersempena kedatangan bulan suci Ramadan 1446H / 2025M, Majlis Agama Islam telah memperuntukkan dana berjumlah RM15.49 juta untuk diagihkan kepada penerima yang layak. Bantuan khas ini bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu persiapan menyambut Ramadan.

Bagaimana cara semak status kelayakan Bantuan Ramadhan 2025? Ikuti panduan lengkap semakan serta maklumat terkini di bawah.

Semakan Bantuan Ramadhan 2025

BACAJUGA : PSKR 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM900

PENGENALAN BANTUAN RAMADHAN 2025

Bantuan Ramadhan disalurkan oleh pelbagai pihak seperti Kerajaan, NGO, Institusi zakat, badan kebajikan lain dan termasuk Majlis Agama Islam bagi membantu meringankan bebanan golongan yang memerlukan untuk persediaan awal ramadan.

Pihak Majlis Agama Islam dan Ada Melayu (MAIDAM) Terengganu memperuntukan sebanyak RM15,493,100 untuk diagihkan kepada 28,892 ketua isi rumah yang berklayakan di seluruh Negeri Terengganu.

KADAR BANTUAN RAMADHAN 2025

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima Bantuan Ramadan dengan kadar yang berbeza seperti berikut :

  • Ketua Isi Rumah (seorang / tunggal) akan menerima bantuan RM300;
  • Ketua Isi Rumah (tanggungan 2 atau 3 orang) akan menerima bantuan RM500; dan
  • Ketua Isi Rumah (tanggungan 4 orang dan ke atas) akan menerima bantuan RM700.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAMADHAN 2025

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Merupakan golongan asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf atau individu yang memerlukan;
  • Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan); dan
  • Bermastautin di Terengganu (bagi penerima bantuan MAIDAM).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAMADHAN 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Ramadan seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan status di sini : http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx.
  2. Halaman semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 920101117788.
  4. Kemudian, klik pada butang [Klik Untuk Semak].
  5. Status kelayakan anda menerima Bantuan Ramadan akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Ramadhan, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.maidam.gov.my/.