SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK STATUS NAMA PENERIMA (RM600 & RM900 & RM1200)

SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : CEK STATUS NAMA PENERIMA (RM600 & RM900 & RM1200)

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia, termasuk menyediakan bantuan bulanan melalui MyKad. Bantuan ini memudahkan rakyat membuat pembelian barangan keperluan asas serta melakukan transaksi pembayaran secara tanpa tunai, yang lebih selamat, mudah, dan cepat.

Bagaimanakah semakan bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan bulanan MyKad RM100 adalah satu bantuan dibawah Program MyKasih dimana wang bantuan disalurkan kedalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih, dan penerima akan menggunakan MyKad sebagai alat pembayaran bagi pembelian barangan tersebut.

KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel MYKASIH seperti:

Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan dalam MyKad:

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD

Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status penerima akan dipapar.
  8. Selesai.

Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan dan penerima yang lulus akan dipapar.
  8. Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025
(Selama 9 Bulan)

SEMAK KADAR BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Jumlah bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM 50 sebulan)
Bujang( – )

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf