MYKASIH SARA SEMAKAN PENERIMA 2025: Cek Status Kelayakan RM2100, RM1650, RM900 & RM600

MyKasih SARA Semakan Penerima 2025: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan


Terkini, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih untuk bulan Januari 2025 telah dikeluarkan kepada 700,000 penerima yang lulus. Bantuan ini akan disalurkan melalui MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit terpilih.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan MyKasih SARA 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah untuk memastikan anda layak menerima bantuan ini.

BACA JUGA: CEK STATUS SARA 2025

SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

LOG MASUK DAN SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
    Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)
*APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 1,650RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)
RM 600RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

*APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 450RM 50
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH SARA KEPADA PENERIMA

Pengagihan bantuan SARA MYKASIH seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

*Catatan: Pengagihan bantuan ini adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

KATEGORI BARANG KEPERLUAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN

Berikut merupakan senarai nama barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Ubat-Ubatan
  • Barangan Persekolahan
  • Produk kebersihan

*Catatan: Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara