LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL (SEMAKAN STR FASA 1 2025)
Kerajaan telah mewujudkan sebuah portal iaitu MySTR untuk memaparkan program bantuan kerajaan persekutuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Wujudnya portal ini memboleh rakyat Malaysia yang layak memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mendaftar, menyemak dan mendapatkan maklumat terkini mengenai program bantuan rakyat ini.
Bagaimanakah login bantuan tunai hasil? Ikuti info dan panduan di bawah untuk maklumat lanjut.

SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL
Pemohon layak memohon bantuan tunai hasil ini sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk juga OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang mana masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN STR 2025
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa
permohonan yang telah diluluskan seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BANTUAN STR |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL
Kaedah pembayaran bantuan tunai hasil STR 2025 adalah seperti berikut:
- a. Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- i. Tiada maklumat akaun bank
- ii. Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.
LOGIN BANTUAN TUNAI HASIL
Langkah-langkah di bawah merupakan panduan lengkap mengenai cara untuk login portal rasmi untuk membuat semakan status bantuan STR 2025 secara dalam talian.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat soalan atau pertanyaan yang ingin ditujukan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.
Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.
Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau