Kemaskini STR 2025 penting bagi memastikan kelayakan anda menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, khususnya bagi golongan B40 dan M40. Dengan penyasaran subsidi yang lebih baik, Kerajaan menyalurkan bantuan sehingga RM2,500 bagi kategori isi rumah.
Bagaimana cara kemaskini permohonan STR 2025 untuk memastikan kelulusan bantuan? Ketahui langkah lengkap di sini!

BACA JUGA: MYKASIH SARA SEMAKAN PENERIMA 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SIAPAKAH PERLU KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025
Pengemaskinian maklumat asas permohonan STR perlu dilakukan sekiranya:
- Penerima dan Pemohon mempunyai PERUBAHAN Maklumat Asas Terkini seperti:
- No. Telefon Rumah;
- No. Telefon Bimbit;
- Maklumat Alamat Surat Menyurat;
- Alamat e-Mel;
- Maklumat No Telefon Pasangan;
- Maklumat Waris;
- Belum kemaskini permohonan selama tiga (3) tahun berturut-turut.
TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN STR
Pengemaskinian Maklumat Asas Terkini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan bila-bila masa sahaja bermula 22 Januari 2025 dan sepanjang tahun.
TUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN STR 2025
Pengemaskinian Maklumat Asas permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) amat penting untuk memastikan semakan status bayaran penerima adalah berstatus LULUS dan melancarkan proses pemberian bantuan kepada penerima.
KAEDAH KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN STR 2025
Kemaskini Maklumat Asas Permohonan STR 2025 boleh dilalkukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Borang kemaskini maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR LHDNM atau di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
PORTAL KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA ONLINE
Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN KEMASKINI MAKLUMAT STR 2025 SECARA ONLINE
Panduan lengkap kemaskini maklumat STR 2025 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Setelah berjaya Log masuk portal rasmi STR, klik pada [Perubahan Maklumat Asas].
- Kemaskini Maklumat Asas berikut dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat:
- No. Telefon Rumah
- No. Telefon Bimbit
- Maklumat Alamat Surat Menyurat
- Alamat e-Mel
- Maklumat No Telefon Pasangan
- Maklumat Waris
- Kemudian, klik [Simpan]
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR TAHUN 2025
Kadar bantuan STR bagi tahun 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1 hingga 2 Anak : RM 1,500 3 hingga 4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1 hingga 2 Anak : RM 750 3 hingga 4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
CARA PENGKREDITAN BAYARAN STR KEPADA PENERIMA
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf