CEK SARA: 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD (RM100 & RM50)

Cek SARA: 2025 Semakan Status Penerima Bantuan dalam MyKad (RM100 & RM50)


Untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Madani telah memperkenalkan sistem penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terus ke dalam MyKad penerima. Inisiatif ini memudahkan rakyat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, mendapatkan bantuan RM100 dan RM50 setiap bulan untuk keperluan asas sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah cara untuk cek status penerima bantuan SARA dalam MyKad? Ketahui panduan dan maklumat lengkap di bawah.

BACA JUGA: STR 2025 TARIKH BAYARAN FASA 1

TEMPOH PELAKSANAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD

Pelaksanaan SARA Bantuan Dalam MyKad bagi sepanjang tahun 2025 adalah selama tempoh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PELAKSANAAN
SARA
BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima Sedia AdaSelama 12 bulan
(Januari hingga Disember)
Penerima BaharuSelama 9 bulan
(April hingga Disember)

TARIKH PELAKSANAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD

Pelaksanaan SARA Bantuan Dalam MyKad adalah secara ansur setiap bulan yang mana kerajaan telah mula mengkreditkan Bantuan ke Dalam MyKad 700,000 ribu penerima sedia ada bermula pada tarikh 15 Januari 2025 dan pada bulan seterusnya dijangka bermula setiap 1 hari bulan sehingga ke bulan Disember 2025.

CEK SARA KADAR BANTUAN DALAM MYKAD

Kadar SARA Bantuan Dalam MyKad yang disalurkan sepanjang tahun 2025 adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Isi Rumah : RM100 (3 bulan) / RM200 (7 bulan);
    • Warga Emas : RM100 (3 bulan) / RM150 (7 bulan);
    • Bujang : RM50 (12 bulan).
  • Penerima Baharu :
    • Isi Rumah : RM100 (9 bulan);
    • Warga Emas : RM50 (9 bulan);
    • Bujang : Tiada.

CEK SARA STATUS PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

Status kelayakan penerima SARA Bantuan Dalam MyKad boleh dicek melalui pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

KEGUNAAN SARA BANTUAN DALAM MYKAD

Penerima yang layak, perlu menggunakan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.