Borang Bantuan Lesen Percuma 2025: Muat Turun Sekarang, Tempat Terhad!
Program MyLesen Percuma 2025 adalah inisiatif Kerajaan Malaysia Madani untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara percuma. Program ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki lesen memandu.
Bagaimana cara memohon bantuan lesen percuma ini? Muat turun borang dan ketahui syarat kelayakan serta proses permohonan di bawah sebelum penyertaan ditutup!

BACA JUGA: MYKASIH SARA SEMAKAN PENERIMA 2025
PENGENALAN BANTUAN LESEN PERCUMA
Program Bantuan Lesen Percuma atau rasminya diperkenalkan MyLesen B2 adalah merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Malaysia Madani yang khusus untuk membantu golongan belia B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secraa percuma tanpa sebarang bayaran kerana ianya akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.
JENIS BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Kerajaan Malaysia Madani hanya menawarkan lesen memandu percuma jenis berikut :
PERKARA | JENIS LESEN |
---|---|
Bantuan Lesen Percuma | Lesen Memandu Motosikal (B2) |
OBJEKTIF PELAKSANAAN BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Antara objektif utama Bantuan MyLesen Percuma dilaksanakan adalah untuk :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan kelayakan menerima Bantuan MyLesen Percuma :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
BORANG BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan borang permohonan Lesen Percuma (MyLesen) :
BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2Download
Ikuti langkah memohon yang lengkap seperti berikut :
- Sila muat turun (download) borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini di atas.
- Cetak keluar borang tersebut untuk diisi.
- Kemudian, isikan maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
- Kad Pengenalan;
- Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
- Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
*Nota : Permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan setiap negeri.
TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025
Program MyLesen Percuma dijangka akan berlangsung dari bulan Februari hingga Oktober (seperti tahun sebelumnya). Namun, pihak berwajib masih belum mengumumkan tarikh permohonan Bantuan MyLesen Percuma dibuka.
Bagaimanapun, tarikh permohonan adalah berbeza bagi setiap negeri, pemohon hendaklah menyemak di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa supaya tidak terlepas untuk mendapatkan Bantuan MyLesen Percuma pada tahun ini.
MAKLUMAT TAMBAHAN BANTUAN MYLESEN
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan myLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.