BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR 2025 (RM100 & RM50 BULANAN) : CEK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR 2025 (RM100 & RM50 BULANAN) : CEK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa akan diperkasakan dengan Bantuan Tambahan yang akan diberikan setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 nanti.

Bagaimanakah cek status penerima bantuan tambahan str? Ikuti panduan dan info lebih terperinci seperti di bawah.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR dan juga Bantuan Tambahan STR untuk tahun 2025 :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
BANTUAN
STR 2025
BANTUAN
TAMBAHAN
STR 2025
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
+ RM1,200 (e-Kasih)
atau
+ RM900 (bukan e-Kasih)
Isi Rumah M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
+ RM900 (bukan e-Kasih)
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN
BUJANG
BANTUAN
STR 2025
BANTUAN
TAMBAHAN
STR 2025
Bujang 21 – 59 tahunRM600+ RM600 (e-Kasih)
Bujang 60 ke atasRM600+ RM1,200 (e-Kasih)
atau
+ RM450 (bukan e-Kasih)

TARIKH PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2025

Penerimaan Bantuan Tambahan STR adalah mengikut tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH
PENERIMAAN
Penerima Berdaftar
dengan e-Kasih
** Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Penerima Tidak
Berdaftar dengan e-Kasih
** April 2025
Sehingga
** Disember 2025

CEK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR 2025

Ikuti panduan cek status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tambahan STR seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA PENERIMAAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2025

Cara penerimaan Bantuan Tambahan STR adalah berbeza bagi setiap negeri penerima seperti berikut :

NEGERI PENERIMACARA
PENERIMAAN
SEMENANJUNG MALAYSIADikreditkan secara tanpa tunai dalam
kad pengenalan setiap bulan
SABAH & SARAWAKDikreditkan sama seperti Bantuan STR
setiap dua (2) kali setahun

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.kasih & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.