BANTUAN SARA EKASIH 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 1

BANTUAN SARA EKASIH 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 1

Bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk sokongan kewangan tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan bulanan selama 12 bulan ini ditujukan khas kepada golongan berpendapatan rendah dan individu memerlukan, khususnya yang berdaftar sistem eKasih.

Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan sara eKasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU SARA EKASIH

EKASIH merupakan sistem pangkalan data yang menyimpan maklumat berkaitan kemiskinan individu di Malaysia. Sistem ini bertujuan memantau isu kemiskinan rakyat secara menyeluruh. Individu yang berdaftar dalam eKasih, khususnya golongan miskin dan miskin tegar, layak menerima pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan, termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang akan diagihkan secara bulanan.

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2025

Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA):

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN SARA EKASIH

Status Kelayakan bantuan bulanan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi STR

Panduan Lengkap Semakan Kelulusan Bantuan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan [Semak Status] pada bahagian
    ‘SEMAKAN PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)’
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  6. Klik Semakan Status.
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Kelulusan Bantuan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

TARIKH DAN JADUAL PENYALURAN WANG BANTUAN

Pengagihan bantuan bagi kategori SARA eKasih seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANTEMPOH PEMBERIAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa
Selama 12 Bulan

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia:
    • Pengagihan secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan:
    • Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH 2025

Kadar bantuan yang adalah seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMA

(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM 1200
(RM100 sebulan)
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 600
(RM50 sebulan)

CARA PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN BARANG KEPERLUAN ASAS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf