BANTUAN SARA DALAM MYKAD (FASA 1 2025): SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)

BANTUAN SARA DALAM MYKAD (FASA 1 2025): SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50)

Kerajaan melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memperkenalkan kaedah pemberian bantuan secara tanpa tunai yang terus dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Langkah ini bukan sahaja memudahkan penerima memahami cara pengendalian bantuan, tetapi juga meningkatkan kecekapan pengagihan kepada rakyat Malaysia di pelbagai peringkat umur.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan Bantuan SARA dalam MyKad bagi fasa 1 2025? Ikuti panduan dan info lengkap di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYSARA 2025 ONLINE

TARIKH KREDIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Pengkreditan Bantuan SARA Dalam MyKad adalah pada tarikh berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
TARIKH KREDIT
BANTUAN SARA
DALAM MYKAD
FASA 1
TARIKH KREDIT
BANTUAN SARA
DALAM MYKAD
FASA 2
Miskin dan
Miskin Tegar
15 Januari 2025
sehingga
** Mac 2025
** April 2025
sehingga
** Disember 2025
Asas Bukan Miskin** April 2025
sehingga
** Disember 2025

AMAUN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Bantuan SARA bukanlah dikreditkan secara sekaligus ke dalam MyKad penerima. Namun, ianya akan dikreditkan secara ansur setiap bulan mengikut amaun yang ditetapkan bagi setiap kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
AMAUN BANTUAN
SARA FASA 1
AMAUN BANTUAN
SARA FASA 2
Miskin dan
Miskin Tegar
Isi Rumah : RM100 setiap bulan
Warga Emas : RM100 setiap bulan
Bujang : RM50 setiap bulan
Isi Rumah : RM200 setiap bulan
Warga Emas : RM150 setiap bulan
Bujang : RM50 setiap bulan
Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM100 setiap bulan
Warga Emas : RM50 setiap bulan

KEGUNAAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Penerima perlu menggunakan Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

*Nota : Pembelian barangan keperluan asas perlulah mengikut amaun baki di dalam MyKad. Sekiranya melebihi amaun, penerima perlu membayarnya secara tunai.

CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Berikut merupakan cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan Bantuan Dalam MyKad :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai terpilih DI SINI).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli mengikut barangan yang dilabel SARA MyKasih.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut label SARA MyKasih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor pertama PIN MyKad untuk pengesahan bayaran dan perlu menukarnya kepada nombor PIN baharu.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Untuk mengetahui status layak atau tidak menerima Bantuan SARA, ikuti panduan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA Dalam MyKad] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.