BANTUAN MYKASIH RM300: SEMAK STATUS KELAYAKAN 2025

Bantuan MyKasih RM300: Cara Semak Status Kelayakan 2025

Kerajaan telah meningkatkan peruntukan Bantuan MyKasih pada tahun 2025, termasuk menaikkan jumlah bayaran kepada penerima selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban rakyat yang memerlukan melalui bantuan kewangan yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM300.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan bantuan MyKasih RM300? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting di bawah untuk memastikan anda menerima bantuan ini.

BACA JUGA: MYSTR 2025 CHECK STATUS

BANTUAN MYKASIH RM300

Pembayaran Bantuan MyKasih yang bernilai RM300 telahpun dibayar pada penghujung tahun 2024 yang lalu. Pada tahun 2025, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan MyKasih dengan jumlah yang terbaru bagi setiap kategori penerima seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN MYKASIH
2025
JUMLAH
BANTUAN MYKASIH
2024
ISI RUMAHRM2,100 setahunRM1,200 setahun
WARGA EMASRM1,650 setahunRM1,200 setahun
BUJANGRM600 setahunRM600 setahun
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN MYKASIH
2025
JUMLAH
BANTUAN MYKASIH
2024
ISI RUMAHRM900 setahunRM300 setahun
WARGA EMASRM450 setahunRM150 setahun
BUJANGRM150 setahun

*Nota : Jadual di atas menunjukkan peningkatan jumlah bayaran Bantuan MyKasih berbanding tahun 2024.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Pembayaran Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah seperti jadual berikut :

TARIKH BAYARAN
PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
TARIKH BAYARAN
PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Nota : Pembayaran pertama adalah pada 15 Januari 2025 dan pada bulan seterusnya dijangka sama seperti tahun lalu iaitu bermula setiap 1 hari bulan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM300

Ikuti panduan semakan status layak atau tidak terima Bantuan MyKasih di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
  7. Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  8. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  9. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  10. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  11. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  12. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  13. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  14. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  15. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  16. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  17. Selesai.

CARA BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Kesemua penerima daripada negeri-negeri Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan menerima cara bayaran Bantuan MyKasih yang sama iaitu melalui akaun yang dibuka menggunakan nombor kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan sepanjang tahun 2025 khas untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

PANDUAN CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

  1. Pilih Barangan Keperluan :
    • Penerima bantuan boleh memilih barangan keperluan berdasarkan 13 kateori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Kad Pengenalan Untuk Pengesahan :
    • Juruwang akan menyemak status kad pengenalan penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin :
    • Penerima bantuan perlu menukar pin sementara (6-digit pertama kad pengenalan) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan :
    • Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang dipilih mengikut kategori produk yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan Kad Pengenalan :
    • Masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan :
    • Penerima perlu menyimpan resit pembelian untuk menyemak transaksi dan baki pembelian dalam kad pengenalan.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.