Bantuan 100 MyKad MyKasih 2025: Cara Semak Status Kelayakan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih kini diperluaskan kepada penerima di Sabah dan Sarawak bermula tahun 2025. Bantuan bulanan ini, yang disalurkan melalui MyKad, sebelum ini hanya terhad kepada Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat menikmati manfaat bantuan.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan Bantuan RM100 MyKad MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di sini untuk memastikan anda layak menerima bantuan ini.

BACA JUGA: MYKASIH SARA SEMAKAN PENERIMA 2025
APAKAH BANTUAN MYKAD MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif MyKasih Foundation dengan kerjasama kerajaan untuk membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk golongan miskin dan miskin tegar eKasih serta bukan eKasih.
Bermula 2025, bantuan ini ditambah baik dengan kadar bantuan yang dipertingkatkan dan penyaluran bantuan melalui MyKad penerima diperluaskan termasuk lah Sabah dan Sarawak, untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya terpilih.
SYARAT LULUS BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
LOGIN DAN SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 100 MYKAD MYKASIH
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH PENGAGIHAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *APRIL – DISEMBER |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *APRIL – DISEMBER |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 | – | RM 50 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2025 (Rabu) |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 |
*Nota: Pengagihan bantuan adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.