BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

BANTUAN MYKAD 2025 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA (RM1200 & RM900 & RM600)

Bagi menggalakkan penggunaan tanpa tunai (cashless), kerajaan bersetuju untuk meneruskan pengkreditan Bantuan melalui MyKad (kad pengenalan) penerima yang telah diterima baik oleh penerima sebelum ini.

Daripada 0.7 juta sahaja yang layak menerima Bantuan MyKad pada tahun 2024, kerajaan akan meluaskan juga kepada 4.7 juta penerima baharu menjadikan keseluruhan jumlah penerima seramai 5.4 juta pada tahun 2025.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

MANFAAT PENERIMAAN BANTUAN MYKAD

Antara manfaat-manfaat daripada Bantuan MyKad adalah :

  • Selamat digunakan kerana hanya pemegang MyKad sahaja boleh mengetahui 6 digit nombor PIN;
  • Boleh digunakan di mana-mana 600 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia;
  • Terdapat 13 jenis barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan MyKad;
  • Had pengkreditan sehingga RM450, RM600, RM900 dan RM1,200 setahun;
  • Pembelian barangan adalah lebih mudah kerana secara tanpa tunai (cashless) dengan MyKad.

NILAI KREDIT BANTUAN MYKAD

Nilai pengkreditan Bantuan MyKad adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

  • 0.7 Juta Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
  • 4.7 Juta Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Bujang : –
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD

Antara kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKad adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Had umur 21 tahun dan ke atas;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025;
  • Kategori Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025

Senarai nama penerima Bantuan MyKad boleh disemak melalui pautan rasmi di bawah :

  1. Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.