Bantuan Awal Ramadhan 2025: Semak Kelayakan & Status Penerima Terkini

Bantuan Awal Ramadhan 2025: Semak Status Kelayakan Penerima Online

MAIDAM menawarkan pelbagai bentuk bantuan awal Ramadan 2025 khas kepada golongan yang memerlukan, bertujuan membantu menampung perbelanjaan harian serta persiapan menyambut bulan Ramadan. Jika anda ingin tahu cara semak kelayakan bantuan Ramadan MAIDAM 2025, ikuti panduan lengkap dan pautan semakan rasmi yang disediakan di sini.

Bantuan Awal Ramadhan 2025

BACAJUGA : STR Fasa 1 (2025) – Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah

APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN

Pada tahun 2025, sebanyak RM15,493,100.00 telah diperuntukkan oleh MAIDAM untuk Bantuan Bulan Ramadan, dan akan diagihkan kepada 28,829 Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf Fakir Miskin di seluruh Negeri Terengganu.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN AWAL RAMADHAN

Tujuan pelaksanaan Program Bantuan Awal Bulan Ramadhan adalah untuk:

  • Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
  • Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
  • Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
  • Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Syarat kelayakan bantuan bergantung kepada jenis bantuan yang dimohon, tetapi secara umumnya syarat kelayakan MAIDAM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam;
  • Bermastautin di Terengganu (Bagi penerima bantuan MAIDAM);
  • Tergolong dalam Golongan Asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf, atau Individu yang memerlukan;
  • Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan).

CONTOH BANTUAN AWAL RAMADHAN YANG DISEDIAKAN

Pelbagai Jenis bantuan Ramadhan yang biasanya disediakan seperti:

  • Bantuan Kewangan Tunai; atau
  • Bakul Makanan; atau
  • Bantuan Zakat; atau
  • Sumbangan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri;

CARA MOHON BANTUAN AWAL RAMADHAN MAIDAM 2025

Permohonan Bantuan Awal Ramadhan MAIDAM secara manual adalah seperti berikut:

  • Hadir ke Pejabat MAIDAM berdekatan.
  • Bawa Dokumen Sokongan Permohonan yang diperlukan.
  • Lengkapkan Borang Permohonan Bantuan secara manual.
  • Kemudian, serahkan kepada pegawai bertugas untuk semakan.
  • Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan MAIDAM:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
  • Penyata Pendapatan (Gaji) atau Surat Pengesahan Pendapatan.
  • Bil utiliti terkini (bil elektrik atau air).
  • Dokumen sokongan lain seperti surat sokongan penghulu, ketua kampung atau pihak berkuasa tempatan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Awal Ramadhan Maidam, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025